24 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan :)

Assalamualaikum semua :) Erm agak lame gak tak mengupdate kat sini..

Alhamdulillah, syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi atas keizinanNya pertemukan aku dgn bulan Ramadhan pada tahun nie.. sempat atau tak aku habiskn bulan yg barakah ini dan bertemu Syawal, Wallahualam.. itu semua rahsia Allah. harapnye sempatlah :')

Ramadhan kali nie adalah Ramadhan yg keempat buat aku dgn status "Zaujah" (isteri), dan yg ketiga sbg seorang ibu. (masih lg kpd seorg cahaya mata hehe ^^).

Sejujurnya, Ramadhan kali ini terasa lebih mudah, lebih bermakna, dan lebih nikmat berbanding tahun2 yg sudah.. mungkin sbb kali ini aku mnyambut Ramadhan beserta penghijrahan. maksudnye, di saat aku ingin berubah jd insan yg lebih baik, insyaAllah.. Alhamdulillah, Allah beri nikmat Ramadhan yg lebih lg pd kali ini.. dpt aku rasa ketenangan yg sgt dalam dan kebahagiaan yg sgt mendamaikan..

Aku bertekad utk khatam Al Quran di bulan barakah nie, insyaAllah.. klu rajin dan sungguh2, insyaAllah boleh :) selain tu klu boleh nk lebih merajinkan diri solat tarawih, lbih2 lg kt umah baru nie surau dkt sgt, blh jalan kaki. so rugila klu tak manfaatkn peluang yg ade :)

Di Ramadhan ini, keinginan aku utk berniqab tambah kuat. Alhamdulillah byk kata2 semangat dan peransang dari sahabat2 niqabis.. mereka sgt memahami dan menggalakkan aku utk berniqab. aku memohon pd Allah agar diberi petunjuk, dipermudhkn segalanya dan moga Allah melembutkn hati zauji serta insan2 di sekelilingku supaya dpt teriam penghijrahanku. buat permulaan, mungkin akan berniqab d tempat2 tertentu dulu, mcm yg dicadangkan oleh zauji. azam aku, insyaAllah akn berniqab sebelum kedatangan Syawal nanti.


Marhaban Ya Ramadhan, moga bertambah2 kecintaanku pada Allah, dan bertambah2 kerinduanku pada Rasulullah.. Ameen..

2 Julai 2012

Mainan tidur atau petunjuk kepada persoalan?

semalam aku mimpi sesuatu.. sesuatu yg mungkin sbg petanda atau pertunjuk dari Allah sbg bantuan utk aku mmbuat keputusan.. tentang hal yg sudah agak lama aku fikirkan.. pastinya hal itu adalah sama ada aku ingin berniqab atau tidak.. yang sebenarnya, aku memang teringin utk b'niqab, tapi perasaan aku berbelah bagi.. sbb dlm masa yg sama, aku jugak masih ada rasa was-was... was-was sebab aku takut tak mampu istiqamah.. aku takut kalau-kalau aku berniqab separuh jalan.. inilah yg membelenggu diri aku sejak mula-mula aku terfikir untuk berniqab. aku tak terlampau risau akan cakap-cakap orang, atau pandangan-pandangan serong mereka.. sebab dlm apa jua keadaan sekalipun, aku lebih selesa jadi diri sendiri.. jadi cakap-cakap orang bukan masalah besar utk aku.. cumanya, penghalang paling besar adalah diri aku sendiri, hati aku sendiri. aku teringin, tapi takut. aku teringin, tapi ragu-ragu.. hurmmm... :'(

berbalik pada apa yang aku mimpikan semalam.. dlm mimpi tu, aku pulang ke kampung kerana menziarah seorang saudara yg meninggal dunia, dan pastinya ramai keluarga dan saudara-mara yang juga dtg menziarah.. tengah sibuk-sibuk, ramai-ramai tu, tiba-tiba ada satu suara yang menyapa dari belakang.*aku tak ingat apa yg dia ckp*.. kemudian aku cepat-cepat menoleh ke belakang.. rupanya suara tu milik mak sedara aku. aku terkejut! lepastu aku terus peluk dia smbil kata, "Subhananallah.. Cik **** dah berniqab! Alhamdulillah.. cantik sgt!" masih jelas di ingatan, dlm mimpi tu Cik ***** pakai baju kurung warna hijau, dgn tudung hitam, niqab hitam.. mmg cantik! dia orangnya mmg cantik, tp bila berniqab, dia jauh lebih cantik.. berseri-seri sgt muka dia :) dlm mimpi tu, wlaupun pertama kali aku tgok Cik ***** berniqab, aku mampu cam dia..  bila tengok perubahan Cik ****, aku terus rasa yakin utk berniqab. bulat tekadku, kuat niatku.. aku berjanji dgn diri sendiri, lepas nie aku mesti berniqab. mesti!

tapi itu dlm mimpi... bila tersedar dari mimpi dan kembali ke realiti, aku jadi was-was semula.. tak yakin, tak pasti, berbelah bagi.. jauh berbeza dgn perasaanku semasa dlm mimpi tersebut.. mungkin mimpi tu salah satu bentuk pertolongan atau petunjuk Allah dlm mmbantu aku mmbuat keptusan untuk berniqab atau tidak.. cuma sekarang aku keliru, sebab perasaan aku ketika dalam mimpi dan sesudah terjaga dari mimpi sgt berlainan.. atau mungkinkah itu hanya sekadar mainan tidur yang tak bawa apa-apa maksud tertentu? aku berserah saja pada Allah...


# di hari yang sama masa aku dapat mimpi nie, salah seorang sahabat atau lebih tepat seorang kakak yg aku kenali dan bersahabat dengannya di laman sosial sudah pun berniqab.. dari tidak bertudung, kmudian bertudung labuh, dan sekarang sudah berniqab.. Alhamdulillah, aku sgt mengagumi dia..