18 Ogos 2012

Syahdu lebaran..

Ya Allah..
Engkau saja Yang Maha Mengetahui betapa hambaMu ini merasa syahdu saat takbir raya bergema..
tak dapat aku tahankan lagi sedihku ini.
air mata yang bergenang aku tumpahkan jua akhirnya..
sungguh aku lemah dan tak berdaya melawan perasaan..
jiwa diruntun sayu bila mengenang keluargaku.

Aku rindu arwah kakandaku..
hampir 9 tahun pemergiannya, rindu itu tidak pernah padam. malah tidak berkurang walau sedikitpun..
kak long.. sungguh adikmu ini amat merinduimu kakakku sayang..
aku merinduimu dgn sangat..
nantikan kedatanganku kak long.. nantikan aku mengunjungi pusaramu di lebaran ini..
pusaramu jauh, jasadmu lebih jauh..
tapi kau tidak pernah jauh dari hatiku..
kau sentiasa ada dalam hati dan ingatan ini selamanya kakakku..

Ya Allah.. pasti Kau juga Maha Mengetahui betapa aku rindu akan saat2 ketika kedua ibu bapaku masih bersama , masih bergelar suami isteri.
kini yang ada hanyalah ungkapan bekas suami , juga bekas isteri.
perpisahan mereka memeritkan.
apatah lagi ini lebaran yang pertamaku sbg anak yg ibu bapanya berpisah setelah dia dewasa..
Allahu Allah... :'(

walau ikatan kekeluargaan kami masih erat , keadaan pastinya tidak sama seperti dulu.
pasti ada yang berubah. dan pastinya perubahan itu perit untuk aku hadapi..

Ya Rabb.. aku yakin tiap yang Kau berikan utk hamba2Mu punya hikmah disebaliknya..
dan aku percaya hanya Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hamba2Mu..

Ya Allah.. berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujianMu....
kuatkan aku Ya Allah.. jadikan aku orang yang sabar.