10 Januari 2012

Pahit . tapi ini realiti .

9.1.2012-sekali lg aku bertemu lelaki itu..bukan d rancang,tp kebetulan yg sudah d takdirkan,spt juga sebelum ini..
tidak sukar mengecam lelaki itu,wlaupun aku hanya lihat kelibatnya dari jauh..
bila semakin dekat dan dekat..ya! itu lelaki kelmarin!mmg aku x salah!itu lelaki yg telah meruntun jiwa dan hati kecilku..
dari dlm kereta ketika sedang dlm perjalanan menuju ke satu destinasi,aku melepasi lelaki dlm lingkungan 40an itu yg sedang berjalan terhencut-hencut dgn beg sandang di bahu dan memegang sesuatu d tgn kanannya..tdk pasti apa sbenarnya brg tersebut,tp yg aku pasti itu adalah brg utk d jual yg menjadi sumber rezekinya..
tidak lepas mataku dari memerhati lelaki itu hingga kelibatnya hilang dari pandangan..
menyorot kembali detik pertemuan pertama dgn lelaki itu..pd satu hari,ketika aku,suami dan anakku sedang menjamu selera di sebuah restoran tomyam,tiba2 kami di datangi lelaki itu..
dgn kata2 yg lembut dan riak wajah yg lesu,dia menunjukkan sesuatu..juga mencuri masa kami dgn bersungguh2 mempromosikan brg2 tersebut dgn harapan agar kami mmbeli..lebih tepat jika aku simpulkan lelaki itu adalah "salesman"..
seingat aku dia menjual brg2 mainan spt kapal terbang dan kereta kawalan jauh..merasakan kami tdk memerlukan brg itu atau lbih tepat tidak mahu mmbeli,jd kami menolak secara baik..dia juga akur dan mmberi respon yg baik..
tetapi aku sgt2 pasti,dlm hatinya dia teramat hampa..penjual mana yg tidak kecewa andai tidak ada yg membeli kan?
selepas tidak berjaya menjual brg kepadaku,ku lihat dia beralih ke seorang demi seorang pelanggan yg ada di restoran itu..aku masih memerhati..
dari apa yg aku lihat,tidak ada seorang pun yg membeli brg jualannya..tentu dia bertambah hampa,getus hatiku..
nampaknya sia2 saja usahanya di restoran ini..selepas cubaanya meyakinkan org utk membeli gagal,dia beredar..mataku masih memerhati..dia berjalan keluar dari restoran dan terus berjalan entah ke mana destinasi seterusnya..
jika dia hampa,aku pula sedih..
kenapa?kerana mengenangkn nasibnya..sgt kasihan..
dgn keadaan diri yg tdk sempurna,mksudku kaki lelaki tersebut tdk spt biasa,mgkin cacat atau tempang,raut wajah suram,lesu dan letih,dan hanya berjln kaki dari mana entah smpai ke mana amat membuatkn diri ini merasa simpati padanya..
tatkala dia cuba menjual brg dari meja ke meja pelanggan yg sedang menikmati mkn malam msg2,aku terfikir,sudahkah dia makan?minum?atau mungkinkah dia sedang menahan lapar?
mungkin dlm hatinya terdetik,"sedapnye dorg mkn,klu la aku dpt mkn makanan yg sedap mcm dorg..laparnya perut aku"..
itu hanya apa yg aku duga,sama ada sangkaanku tepat atau tidak hanya dia dan TUHAN yg tahu...klu la benar apa yg aku sangka,ya allah..kasihannya dia!
itu kisah pertemuan pertamaku dgn dia..pertemuan kali kedua,dia tetap sama seperti mula2 sewaktu kami bertemu..masih berjalan kaki utk menjual brg dgn kaki yg tdk sempurna..sekali lg aku berasa sgt bertuah kerana aku tidak sesusah dia..hidupnya pasti jauh lebih perit dariku..namun aku sgt kagum dgn lelaki tersebut..dia juga seharusnya bangga dgn dirinya sendiri..
kerana seperti yg dikatakan oleh suamiku,"walaupun dia OKU,sekurang2nya dia usaha cari duit sendiri,bukannya meminta sedekah mcm sesetengah org"..suamiku benar..
insan yg serba kekurangan spt lelaki itu masih kuat azamnya,gigih usahanya,cekal hatinya utk mencari rezeki demi meneruskn hidup..sedangkan ada di antara kita sgt malas berusaha dan bergantung hidup pada org lain walhal diri sihat walafiat..
demi ALLAH,aku benar2 tidak sggup utk d pertemukan dgn org yg 'kasihan' spt itu lagi..
tp bukan kuasaku utk menolak itu semua..sesungguhnya jodoh,pertemuan,ajal dan maut d tangan TUHAN..
mgkin ALLAH beri petunjuk melalui insan2 yg tak pernah kita kenal,utk kita muhasabah diri..betapa bertuah dan betapa kita patut bersyukur dgn segala yg kte sudah miliki skrg,kerana di luar sana masih ramai lagi insan yg memerlukan serta jauh lebih ssh dari kita..

#tidak malu mengakui,bapaku sendiri pernah bekerja sbg "salesman" satu ketika dulu..cukuplah,tak mahu ku kenangkan lagi kisah sedih itu..biarkan ia berlalu menjadi memori yg akan ku simpan kemas dlm hati dan ingatanku..

Tiada ulasan: