kenapa manusia tidak pernah berasa takut bila tidak berlaku adil?
tidak berlaku adil dalam memikul tugas,tanggungjawab dan amanah.
tidak ke mereka sedar bahawa setiap tanggungjawab dan amanah itu akan dihitung di akhirat kelak?
jika diukur dari faktor usia, sebenarnya sudah cukup mematangkan utk berfikir secara waras dan rasional.
dan pastinya sudah cukup bijak membezakan mana baik, mana buruk.
juga cukup arif dlm hal hukum hakam agama. antara dosa dan pahala. halal dan haram.
aku tidak menuding jari pada sesiapa.
kerana aku bukan Tuhan yg Maha Mengetahui setiap kejadian.
aku hanya insan kerdil yg hanya bisa mentafsir mengikut kata hati dan naluriku.
tapi aku yakin, pasti ada manusia-manusia seperti itu.
sungguh aku geram dengan mereka-mereka yg tidak adil!
tapi yg sebenarnya aku lebih merasa sedih..
sedih kerana manusia tidak pernah takut.
tidak takut membelakangkan hukum Allah.
untuk apa?
nama?
kuasa?
pangkat?
kekayaan?
atau semata-mata kerana kepentingan sendiri??
Ya Allah.... kenapa harus begini...
aku merasa takut utk mereka.
tapi adakah mereka takut utk diri sendiri?
sedangkan hakikatnya mereka tahu berlaku tidak adil dan zalim sesama manusia itu besar dosanya?
Astaghfirullah.........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan