26 Mei 2012

bantu aku...

yg sejujurnya aku belum cukup kuat.
aku kuat, tapi tak kuat secukupnya.
aku lemah.
bukan sgt lemah, tapi masih lemah.
aku pilih jalan ini,
tapi terlampau banyak likunya.
aku menangis, aku kecewa.
aku malu, aku seolah-olah tenat menanti rebah.
tapi aku tak mahu rebah.
aku nak terus teguh berdiri.
berdiri dan terus berjalan..
berjalan tanpa ada yang menghalang.
bukan mudah, malah amat payah.
hingga aku terdetik, "lebih baik aku kembali ke jalan dulu".
sungguh aku manusia yang tak kuat imannya.
aku malu.. sangat malu.
kenapa aku tak setabah mereka.
Allahurabbi.. bantulah aku Ya Allah..
tetapkan keimananku, tabahkan hatiku, permudahkan segala urusanku..


Tiada ulasan: